R1 – What Is New Media??

At first, I have no idea what is the new media but after I read some articles, I think I can describe it from my own perspective.

New media atau media baharu adalah beberapa gabungan teknologi yang tersedia di zaman kini seperti gambar, video, animasi, teks, ilustrasi, audio, dan seangkatannya yang terangkum dalam satu aplikasi yang dapat di akses melalui medium internet oleh sesiapa pun dan di mana sahaja mereka berada.

Ia juga merupakan segala perkara yang baharu yang menggunakan aplikasi-aplikasi berteknologi sebagai perantara untuk menyalurkan pelbagai maklumat, perhubungan manusia dan ilmu-ilmu ke dalam sistem jaringan yang dapat diakses.

Am I right?? 😀 Mohon betulkan apa yang tersasar dan tersalah.

Dan, tolong tambah mana yang terkurang, pada sesiapa yang membaca, terima kasih.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nama diberi Mohd Firdaus bin Saad. Berasal dari negeri Pahang dan sudah menetap di Johor sejak Februari 2012, kerana ketika itu saya telah dilantik untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. Sejak dari itu, saya telah ditugaskan untuk mengajar di SK Taman Bukit Tiram, di bawah pentadbiran PPD Pasir Gudang.

Laman ini ditubuhkan sebagai medium penilaian untuk diri saya sebagai pelajar separuh masa bagi mod kerja kursus di peringkat Sarjana Universiti Teknologi Malaysia di dalam bidang Teknologi Pendidikan, atau lebih tepat lagi sebagai penilaian bagi subjek MPPP1423 Amalan Terbaik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Media Baharu (Best Practices of Teaching and Learning in New Media), di bawah seliaan Dr. Norah binti Md Noor dan Dr. Noor Dayana binti Abdul Halim.

Diharapkan perkongsian saya selepas ini bermanfaat dan berguna untuk semua yang membaca. Terima kasih.