Khan Academy dalam Pendidikan

khan-academy

Pengasasnya adalah Salman Khan. Bukan Salman Khan Bajrangi Bhaijaan tu ye 🙂 🙂 . Khan Academy adalah sebuah organisasi pendidikan yang berfokus kepada menawarkan pendidikan percuma dan berkelas dunia kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Perpustakaan video yang begitu banyak di dalamnya berkaitan dengan pelbagai bidang ilmu membolehkan penggunanya untuk belajar dan meneroka pengetahuan secara sendiri disamping ia juga memperuntukkan bahan-bahan latihan. Ia disokong oleh organisasi besar dan terkemuka dunia seperti Bill & Melinda Gates Foundation serta Google, membolehkannya beroperasi secara percuma kepada orang ramai.

salman_khan_academy-520x245

Seseorang dapat meneroka pembelajaran tambahan di luar bilik darjah menggunakan Khan Academy ini. Bidang yang berkaitan di dalam Khan Academy antaranya adalah seperti Matematik, Sains, Program Komputer, Sejarah, Ekonomi dan sebagainya. Pengguna boleh membuat akaun baharu ataupun lebih mudah lagi dengan hanya menggunakan akaun Google ataupun Facebook. Mereka juga bekerjasama dengan pihak seperti NASA, The Museum of Modern Art, The California Academy of Sciences dan MIT dalam menawarkan kandungan pembelajaran yang berkaitan.

web1

Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Khan Academy adalah seperti berikut :

  • Percuma dan mudah diakses. Tiada kos langsung untuk menonton video pembelajaran di dalamnya serta dapat dicapai di mana sahaja dengan adanya internet.
  • Kepelbagaian bidang. Terdapat banyak video berkaitan matematik, biologi, kimia dan fizik. Terdapat juga video berkenaan kesenian, ekonomi dan kewangan. Akademi ini sentiasa berkembang dan oleh itu subjek serta video baharu sentiasa ditambah.
  • Pengguna boleh belajar sendiri. Dengan menonton video, pengguna boleh mempercepat, mengulang, memberhentikan video untuk memahami permasalahan yang dihadapinya berkaitan sesuatu ilmu tanpa menggangu orang lain. Kadang kala pengguna mungkin lambat untuk memahami sesuatu topik, jadi melalui video tersebut, dia dapat memberikan fokus yang lebih. Sebaliknya jika topik dapat dikuasai dengan mudah, dia dapat mempercepatkan pembelajarannya secara sendiri tanpa menggangu kepentingan orang lain
  • Amat banyak permasalahan matematik untuk pelbagai tahap pelajar. Ia menawarkan dari konsep matematik yang paling asas hinggalah kepada yang mencabar melalui pelbagai cara dan permasalahan. Tidak terikat dengan satu sahaja jalan penyelesaian, maka pengguna dapat menguasai topik dengan lebih baik dan berkesan

Kesimpulannya, Khan Academy amat berguna untuk diimplementasikan dalam pendidikan sebagai tambahan kepada konsep-konsep yang telah dipelajari seseorang di dalam kelasnya ataupun sebagai cara terbaik untuk mengukuhkan pemahaman seseorang itu. Dalam masa yang sama, ia juga tetap memerlukan cara pembelajaran secara tradisional dan bersemuka untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.

***Klik pada mana-mana gambar untuk ke Khan Academy

Leave a comment