BUSUU dalam Pendidikan

Busuu. Apa itu Busuu? Yang pasti bukan Pak Busu Pi Mai Pi Mai Tang Tu..haha.

Busuu adalah aplikasi web 2.0 berkaitan pembelajaran bahasa asing, bermula sejak tahun 2008. Ia bersifat percuma dan juga berbayar. Ia menawarkan dua belas pembelajaran bahasa utama dunia secara audio visual iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Portugis (Brazil), Bahasa Russia, Bahasa Polish (Poland), Bahasa Turki, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan Bahasa Cina. Pengguna boleh memilih bahasa apa yang ingin dipelajarinya dan boleh belajar secara sendiri.

busuu-logo-2013

 

Terdapat lebih dari 150 unit bahan pembelajaran bahasa di dalamnya seperti soalan aneka pilihan, tugasan percakapan serta tugasan penulisan. Sebahagian unit menggunakan bahan multimedia seperti soalan aneka pilihan yang boleh bersuara. Pengguna boleh menjadi sama ada sebagai pelajar mahupun juga sebagai tutor, membetulkan hasil kerja pengguna lain serta boleh berbincang melalui aplikasi seperti chat windowaudio ataupun webcam.

busuu.jpg

Seperti yang telah dijelaskan, Busuu menawarkan pembelajaran secara percuma dan juga berbayar. Antara yang berbayar adalah unit tatabahasa, beberapa bahan multimedia seperti video, audio dan podcast. Apa yang menarik, Busuu  menawarkan cara pembelajaran yang bersifat kolaboratif di mana pengguna berpeluang belajar bahasa asing dengan hampir 60 juta komuniti di dalamnya yang merupakan penutur asal bahasa tersebut. Ia juga dapat dicapai melalui aplikasi pada telefon pintar yang menggunakan sistem iOS dan juga android. Semua aplikasi tersebut dapat dimuat turun secara percuma dan menawarkan fungsi-fungsi serta pembelajaran asas bahasa yang dikehendaki. Pengguna premium pula dapat menggunakan semua unit pembelajaran di dalamnya.

Pada tahun 2013, ia melancarkan dua aplikasi iPad iaitu Kids Learn English with Busuu dan Kids Learn Spanish with Busuu. Untuk pengguna telefon pintar, edisi terkini di dalam aplikasi iOS dan android adalah versi 8.12.1 di mana penambahbaikan yang dibuat adalah pengguna boleh belajar bahasa secara offline serta penambahan dua bahasa baharu iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Jepun.

This slideshow requires JavaScript.

***Klik pada mana-mana gambar untuk ke Busuu

Leave a comment