Edmodo dalam Pendidikan

Edmodo bukanlah seekor biawak komodo..bukan juga barangan kodomo lion 🙂

5789-logo-unnamed

Edmodo merupakan web 2.0 yang bersifat microblogging berfokus kepada pendidikan dan ianya adalah percuma. Ia menyasarkan untuk menghubung antara dua kumpulan besar dalam pendidikan iaitu guru dan juga pelajar. Ia dapat diibaratkan sebagai “media sosial” sesebuah sekolah ataupun Learning Management System (LMS) sekolah.

home-page-3-2-10

Melalui Edmodo, guru dapat berkongsi kandungan pelajaran, membina soalan/penilaian dan menguruskan perhubungan bersama pelajar, rakan kerja dan juga ibu bapa. Ia menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang selamat untuk para guru, pelajar dan ibu bapa berkolaborasi bersama-sama. Guru dan pelajar dapat berkongsi nota, pautan web, file, kerja rumah/tugasan dan sebagainya.

what-is-edmodo-4-728

Guru perlu mendaftar ke dalam Edmodo dengan cara yang sangat ringkas dan cepat. Kemudian guru membina kumpulan, seterusnya akan dibekalkan satu kod unik di mana kod unik itulah yang akan dikongsikan mereka terhadap pelajarnya. Selepas itu, pelajar perlu sign in (tanpa perlukan emel) dan dapat menyertai kumpulan menggunakan kod unik yang diberikan tadi. Lebih ramai guru di sesebuah sekolah menggunakan Edmodo, maka lebih banyaklah manfaat yang di dapati oleh pelajar sekolahnya.

Faedah dan kebaikan menggunakan Edmodo adalah seperti :

  • pengurusan kelas : seperti berita berkaitan kerja rumah, berkaitan lawatan dan sebagainya
  • memberi peluang pelajar untuk berkomunikasi lebih lanjut bersama guru atau rakan sekelas tentang permasalahan yang dihadapi berkenaan tugasan yang diperolehi
  • membina hubungan komuniti antara guru dan pelajar
  • pelajar yang tidak hadir contohnya dapat mengetahui tentang pembelajaran yang mereka tidak ikuti melaluinya
  • menjadi tempat untuk menguji pelajar tentang sesuatu kemahiran seperti memberikan kuiz dan sebagainya
  • tampilannya seakan menyerupai Facebook memudahkan pengguna untuk mengguna dan menerokanya
  • dapat diakses menggunakan komputer dan gajet serta telefon pintar
  • sokongan terhadap pelbagai jenis format file seperti pdf, pptx, html, swf dan banyak lagi

This slideshow requires JavaScript.

Apa yang kurang adalah Edmodo tidak diintegrasikan dengan media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter ataupun Google Plus walaupun ketika ini hampir kebanyakan laman web menyediakan kemudahan tersebut agar dapat bekongsi sesuatu maklumat.

***Klik pada mana-mana gambar untuk ke Edmodot

Leave a comment