PADLET dalam Pendidikan

10939805765_6d2b2e616d

APA ITU PADLET?

  • aplikasi perbualan/sembang secara terbuka
  • membenarkan sesiapa sahaja menggunakannya
  • menggunakan konsep “click & drag”, pengguna boleh berkongsi apa sahaja yang diinginkan dengan meletakkannya di atas padlet
  • web kolaboratif – bolehkan seseorang menjadi penghasil & pengguna
  • boleh guna teks, imej, audio, video atau pautan web di dinding digital padlet

Screen Shot 2015-02-17 at 8.50.46 PM

Antara kelebihan padlet dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) adalah :

  • P&P jadi lebih menarik dan interaktif
  • pelajar terlibat secara kolaboratif
  • pengguna dapat mengawal sendiri aktiviti mereka
  • memeberi peluang sama rata antara pengguna dalam kumpulan dalam menyumbang idea mereka ataupun dalam memberi maklum balas terhadap sesuatu idea
  • menjana idea melalui kaedah sumbang saran
  • membenarkan pelajar mengulangkaji semula pelajaran selepas P&P
  • dinding digital yang membolehkan pelajar menulis apa sahaja idea berkenaan pembelajarannya sama ada melalui teks, gambar, video, audio ataupun pautan web. Pelajar lain pula boleh memberikan komen berkenaan perkongsian tersebut

padlet-4-638

Berikut disertakan video tentang bagaimana untuk menggunakan padlet :

***Klik pada mana-mana gambar untuk ke Padlet

VLE FROG dalam Pendidikan

VLE adalah singkatan kepada Virtual Learning Environment. Ianya dimaksudkan sebagai persekitaran pembelajaran secara maya. Program ini telah diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama YTL Communications Sdn. Bhd. dan juga pihak FrogAsia Sdn. Bhd. melalui projek 1BestariNet di seluruh sekolah-sekolah di bawah seliaan KPM. Ianya merupakan salah satu daripada transformasi pendidikan untuk menjana perubahan dalam iklim pengajaran di sekolah serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.

keep-calm-and-frog-on-33

Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa  wayar  (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan. Ianya juga berkolaborasi bersama Google Apps for Education, yang mana membolehkan penggunanya mengakses aplikasi google yang lain seperti Google Drive, Google Mail, Google Docs dan pelbagai lagi. Bahan pembelajaran secara percuma juga boleh didapati seperti dari Khan Academy, Ted Education, National Georgaphic dan British Council selain dari apa yang disediakan oleh pihak kementerian itu sendiri.

C01797B420030483AFD70FA844F9DE0483A995CC2B883AF6

Dengan VLE, guru dan murid dibekalkan secara peribadi Yes ID masing-masing. Apa yang perlu mereka ada cumalah komputer, pelayar (browser) dan akses internet. Yes ID berfungsi sebagai log masuk Google, yang bermaksud pengguna tidak perlu membuat pendaftaran ID berasingan untuk mengakses Google Chrome, Chrome Web Store, Khan Academy dan banyak lagi. Yes ID juga didatangkan bersama akaun Yes Mail yang dikuasakan oleh Google dan Google Apps For Education. Ia membolehkan penggunanya untuk berkongsi dan berkolaborasi secara mudah melalui cloud di Google Drive.

1F0610332003069DDB775FD572115806D593C20C7D1718E6_1

Guru boleh menjadikan VLE Frog sebagai bilik darjah maya dengan membina laman web yang menarik, mengandungi pelbagai bahan pendidikan yang bersesuaian, membina tugasan di dalamnya, malahan boleh berinteraksi bersama rakan pendidik yang lain dalam membincangkan perkara yang berkaitan.  Melalui VLE Frog juga, sumber pengajaran dan aplikasi dari seluruh web boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

Pelajar pula dapat mengalami satu pengalaman pembelajaran yang menarik dan interaktif  di mana mereka boleh menerokai video, permainan dan sumber pendidikan yang menarik melalui “the pond” yang ada dalam VLE Frog ini. Pelajar juga boleh membina laman web sendiri, berkongsi bahan pembelajaran yang mereka perolehi bersama rakan-rakan lain dan juga gurunya serta menyelesaikan tugasan yang diberikan pada bila-bila masa sahaja.

Segalanya kini menjadi mudah apabila maklumat dan sumber pendidikan berada di hujung jari sahaja. Pelbagai suasana baharu dapat diterokai oleh pelajar dan guru sendiri dalam mengaspirasikan pendidikan alaf 21 ini. Suasana pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif ini sememangnya mampu memberikan satu pengalaman pembelajaran yang sangat bermakna kepada pelajar itu sendiri.

R5 – e-pedagogy & teaching approaches

 

Cara pengajaran sentiasa berubah-ubah sejak dari dulu lagi, namun masih lagi mengambil kira kepada asas teori pembelajaran klasik seperti teori behaviorisme, konstruktivisme dan kognitif. Pada masa kini, ia mengalami perubahan dan diubahsuai seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Cara belajar pelajar semakin maju. Masa kini, pembelajaran berasaskan teknologi semakin digemari, penggunaan web 2.0, bukan semata-mata untuk bersosial, tetapi juga menerapkan unsur pembelajaran di dalamnya.

1.PEMAHAMAN ANDA BERKAITAN e-PEDAGOGI :

Sebelum mengupas definisi e-pedagogi, saya ingin menjelaskan maksud pedagogi itu sendiri. Pedagogi merupakan satu sains atau cabang tentang bagaimana seseorang guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya menjelaskan kepada warga pendidik tentang kaedah-kaedah yang sesuai untuk digunapakai serta dipraktikkan dalam proses pengajaran di sekolah. Melalui pedagogi juga, pendidik dibawa untuk memahami pelbagai teori pembelajaran yang telah wujud sejak dari dulu lagi dan mengaplikasikannya mengikut kesesuaian keadaan semasa.

E-pedagogi pula merujuk kepada satu bentuk seni penyampaian ilmu melalui penggunaan alatan elektronik dan bersistem teknologi maklumat yang berkembang pada masa kini. Perkembangan teknologi kini seperti kemunculan Web 2.0 memberikan kemudahan kepada para pendidik untuk menerapkannya ke dalam proses P&P seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Kaedah pengajaran ini kebanyakannya lebih mengetengahkan peranan pelajar itu sendiri dalam menerokai ilmu yang diingininya, seterusnya ia memberikan satu pengalaman pembelajaran yang amat bermakna dengan hasil penerokaan mereka itu sendiri. Ia dikatakan diminati oleh mereka kerana melalui cara ini, ia membawa satu cara pengajaran sangat menarik dan interaktif.

2. PENDAPAT ANDA BERKENAAN PROSES P&P MELALUI MEDIA / TEKNOLOGI :

Pembelajaran melalui media sosial dan teknologi dikatakan amat berbeza dari kaedah pembelajaran sedia ada kerana dengan menggunakan media, pelajar tidak hanya tertumpu dan berfokus kepada penyampaian isi maklumat dan kemahiran yang oleh gurunya sahaja. Sebaliknya, pengembangan ilmu pengetahuan yang diperolehinya semasa di dalam kelas boleh diberikan nilai tambah apabila pelajar itu sendiri menglibatkan media sosial di dalam proses pembelajarannya. Jika sebelum ini, di zaman yang tidak mempunyai kemudahan teknologi atau akses kepada teknologi yang sangat terbatas, ilmu adalah seratus peratus bersumberkan kata-kata guru itu sendiri ketika di dalam kelas atau mungkin dengan merujuk kepada media-media lama seperti buku-buku dan majalah. Namun menggunakan media-media baharu, ilmu pengetahuan dalam diri pelajar dapat dikembangkan dengan sangat meluas dan sebaiknya, dengan syarat pelajar itu berkehendak kepada perkara tersebut.

Contohnya, jika pelajar mempelajari topik berkaitan proses kitaran hujan, setelah pengajaran dilakukan oleh gurunya semasa di dalam kelas, pembelajarannya tidak terhenti setakat itu sahaja, malahan apabila dia pulang ke rumah, dia masih boleh mendapatkan kefahaman berkenaan proses tersebut dengan lebih jelas melalui penggunaan media-media baharu atau sosial media seperti menggunakan Youtube untuk melihat proses kitaran tersebut atau menggunakan Whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya untuk berbincang perkara-perkara berkaitan topik berkenaan bersama rakan sekelasnya, bahkan dia juga akan dapat berbincang dengan seseorang lain yang tidak dikenalinya, yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan proses tersebut, kerana kita tahu bahawa penggunaan web 2.0 adalah bersifat global di manas emua orang dapat menggunakannya apabila mempunyai alat teknologi dan internet.

3. MEDIA YANG DIRASAKAN SESUAI UNTUK PROSES P&P ANDA :

Menurut saya, media sosial atau media baharu yang ingin digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya adalah dengan menggunakan Youtube. Melalui penggunaan Youtube, para pelajar dapat melihat sesuatu perkara atau situasi dengan mata kasarnya sendiri seterusnya mampu memahami pelbagai perkara yang berkaitan isi pembelajaran topik tersebut.Strategi pembelajarannya adalah bersifat inkuiri penemuan dan berpusatkan murid, di mana guru memberikan satu topik atau tajuk serta sedikit pemahaman berkaitan tajuk tersebut. Penerokaan terhadap ilmu tersebut selebihnya dilakukan oleh pelajar sendiri sama ada melalui penerokaan kendiri ataupun secara kolaboratif bersama rakan-rakannya.

Menggunakan Youtube sebagai platform kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik amat sesuai kerana di situ terdapat pelbagai sumber yang berkaitan dengan pendidikan sama ada dalam bidang sains, teknologi, geografi, matematik, bahasa, agama dan sebagainya. Penjanaan dan pengembangan idea dengan melihat kepada video dan juga beberapa penerangan yang datang bersamanya dapat dilakukan bersama rakan-rakannya sendiri ataupun bersama pengguna lain di Youtube itu sendiri.

  • Penerangan di atas adalah berdasarkan kepada pendapat saya sahaja.

R4 – Pedagogi untuk amalan terbaik dalam proses P&P

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kelas minggu ini bermula seawal jam 3 petang (untuk cover kelas yang cancel sebelum ni). Disampaikan oleh Dr. Noor Dayana Abdul Halim.

Permulaan kelas, Dr. Dayana menguji kami tentang apakah teori-teori pembelajaran yang selama ini diguna pakai sebagai asas pengajaran seseorang guru. Secara asasnya, teori pembelajaran klasik terdapat tiga jenis iaitu dimulakan dengan teori behaviorisme (Ivan Pavlov), diteruskan dengan teori kognitivisme (Jean Piaget) dan seterusnya teori konstruktivisme (Lev Vygotsky).

Teori behaviorisme terkenal dengan eksperimen oleh Pavlov yang menggunakan anjing sebagai menilai bagaimana seseorang itu boleh belajar dengan adanya tindak balas terhadap stimulus yang diberikan.

pavlov
Eksperimen Ivan Pavlov ke atas anjing. Sumber.

Ringkasan teori behaviorisme :

  1. seseorang dianggap berjaya dalam pelajaran apabila berlaku perubahan tingkahlakunya
  2. belajar perlu ada input (stimulus) & output (tindak balas)
  3. stimulus ialah segala yang disampaikan oleh pendidik, manakala tindak balas ditandai dengan perubahan tingkah laku pelajarnya
  4. utamakan pengukuran sebagai menilai perubahan seseorang
  5. menekankan kepada sistem peneguhan (peneguhan positif seperti hadiah, pujian apabila pelajar berjaya / peneguhan negatif seperti denda jika sebaliknya)

Ringkasan teori kognitif :

  1. berdasarkan kepada proses pemikiran seseorang
  2. pelajar mendapat ilmu > mentafsir > menyampaikan ilmu
  3. empat fasa utama untuk pembangunan pemikiran iaitu fasa sensorimotor (0-2 tahun), fasa preoperational (2-7 tahun), fasa concrete operational (7-12tahun) dan fasa formal operational (12 – dewasa)
ylvowaptoiamv9r6se6o
Teori Jean Piaget (sumber)

Ringkasa teori konstruktivisme :

This slideshow requires JavaScript.

R3 – New Media In Teaching & Learning

Assalamualaikum & salam buat semua.

Kelas minggu ini membincangkan tentang jenis-jenis media baharu yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti biasa, Dr. Norah meminta kami membentuk kumpulan dan memilih satu jenis media baharu yang dirasakan sesuai untuk digunakan dalam proses P&P, kemudian perlu dibentangkan di hadapan kelas.

Terdapat juga perkongsian daripada Dr.Norah berkenaan media baharu Web 2.0. Apakah web 2.0 itu?? Sebagai mudah faham, web 2.0 ini merupakan inovasi perkembangan world wide web (www)  stage 2, selepas kewujudan web 1.0. Ia lebih bersifat read & write web, iaitu pengguna boleh membaca kemudian memberi maklum balas mereka berkenaan apa yang dibaca. Jadi di sini wujudnya interaksi pengguna dengan pengguna lain. Ia bersifat lebih dinamik, multi way communication, luas penyertaannya dan pengguna boleh berperanan sebagai readers & contributors pada sesuatu perkara.

web-20
Pelbagai jenis Web 2.0 yang wujud pada masa kini

 

Presentation1
Antara ciri-ciri pada Web 2.0

Perbezaan yang terdapat dalam Web 1.0 dan Web 2.0 adalah diringkaskan seperti berikut :

art06.fig1

 

____________________________________________________________

Selesai, berbalik kepada jenis media baharu yang saya dan rakan saya (Alfouzii) akan gunakan, kami memilih Youtube sebagai alat untuk menyampaikan proses P&P kepada pelajar.

This slideshow requires JavaScript.

 

R2 – media baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini merupaka refleksi saya yang kedua, untuk kelas minggu ke-3. Kelas pada minggu ke-2 terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada minggu ini, kelas membincangkan berkenaan pemahaman semua pelajar termasuk saya tentang “new media“. Dr. Norah meminta semua pelajar membentuk kumpulan, berdua di dalamnya dan menyediakan presentation powerpoint berkenaan kefahaman tentang new media. Beliau berkeyakinan bahawa semua pelajar sudah membaca dan mengkaji serba sedikit tentang artikel yang telah dikongsikan semasa kelas minggu pertama sebelum ini.

Melalui rajah di bawah, saya rangkumkan kefahaman saya berkenaan new media.

definisi new media

Ringkasnya media baru ditakrifkan sebagai suatu yang membolehkan kita mengakses kepada sesuatu perkara pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada, melalui sebarang alat teknologi digital & berkomputer, serta ianya melibatkan komunikasi antara penggunanya.

New Media refers to on-demand access to content anytime, anywhere, on any digital device, as well as interactive user feedback, and creative participation. The rise of new media has increased communication between people all over the world and the Internet. It has allowed people to express themselves through blogs, websites, pictures, and other user-generated media. – Wikipedia

Definisi media baru sentiasa berubah bersandarkan kepada perubahan zaman dan perkembangan teknologi. Pada masa dahulu, semua orang menganggap bahawa surat khabar atau majalah adalah media baru. Setelah itu muncul pula televisyen, radio dan seumpamanya yang diistilahkan juga pada waktu tersebut sebagai media baru.

Kini kita tidak memandang perkara atau alat tersebut sebagai media baru kerana perubahan teknologi membawa kita kepada satu medium yang lebih canggih dan berteknologi tinggi serta memberi impak yang lebih besar seperti kewujudan internet dan teknologi interaktif.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada media baru pada masa kini adalah seperti berikut :

Presentation2

Kewujudan media baru yang mengintegrasikan teknologi terkini telah mewujudkan suatu rangkaian sosial antara pengguna di seluruh dunia. Inilah yang kita selalu sebutkan sebagai media sosial. Interaksi antara manusia yang berbeza tempat dan waktu menggunakan media-media baru yang ada melalui capaian internet.

Justeru, istilah media sosial wujud kesan dari wujudnya media baru ini. Antara media sosial yang popular termasuklah facebook, twitter, instagram, blog dan sebagainya.